Faisal Alwie

Pelukis / Penulis Seni Kaligrafi Islam Malaysia

Ringkasan

Tentang Faisal Alwie

Muhammad Faisal Bin Alwie (Faisal Alwie), Julai 1989, berkelulusan Diploma Akauntansi, Anak kelahiran Tumpat,Kelantan ini bukanlah seorang penuntut seni halus dari sekolah lagi,mempelajari bidang perakaunan beralih arah kepada seorang Penulis/Pelukis Seni Kaligrafi Islam.

Beliau mula mendalami seni khat semasa di sekolah menengah di Perak. Kemudian beliau menterjemahkan seni khat menjadi satu karya ekspresionisma kontemporari dengan gabungan seni khat dan warna abstrak.

Beliau begitu aktif dalam bidang kaligrafi setelah beliau mempunyai sebuah galeri sendiri “FaisalAlwie’s Art Gallery” yang bertempat di Alam Venue 2 Seksyen 16 ,Shah Alam. Galeri anak muda ini sememangnya boleh dibanggakan dengan mendapat perhatian beberapa pihak media seperti TV Alhijrah,Malaysia Hari Ini (MHI) Tv3,Media karangkraf,Radio IKIM.fm, dan lain – lain lagi. Beliau juga pernah diberi penghargaan untuk membuat demo seni kaligrafi Islam atas kanvas bersiaran langsung di Malaysia Hari Ini (MHI) Tv3.


Dari segi hasil karya,Beliau menambah kemahiran melukis dengan menggunakan medium cat minyak,cat akrilik,media campuran seperti batu,sand texture, dan banyak lagi untuk memberi kesan yang begitu mendalam dalam satu karya ekspressionisma kaligrafi.


Kini beliau sedang bekerja membongkar bentuk – bentuk yang dipanjangkan oleh minda sehingga ia menjangkau sempadan untuk mengetahui tentang keindahan seni kaligrafi Islam yang kita tidak pernah kenal atau semua itu pernah kita kenal suatu masa dahulu.


Ketahui lebih lanjut

Hasil Karya

Antara Pembeli Karya Seni Faisal Alwie